ISI KANDUNGAN

Jenis - Jenis Kemalangan Yang Sering Berlaku Semasa Melakukan Pemasangan Perkakasan Komputer




1.KEJUTAN ELEKTRIK





Gambar Rajah 1


  • Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik.
  • Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang    boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock).




2.Kebakaran Suis Elektrik



Gambar Rajah 2


  • Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.
  • Kebihan beban aliran kuasa.
  • Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.
  • Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.
  • Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.





3.Kecederaan Di Sebabkan Peralatan




Gambar Rajah 3


  • Kecederaan berlaku akibat kelalaian atau penyalahgunaan perkakasan kerja yang digunakan.
  • Gurauan kasar dan salah laku di dalam makmal pemasangan.
  • Suiz tidak  dimatikan apabila  keluar dari makmal komputer.








LANGKAH KESELAMATAN


Gambar Rajah 4




a)Jangan sesekali pegang wayar hidup dengan tangan.
b)Buang wayar hidup(tutup) apabila membantu pesakit yang terkena kejutan elektrik.
c)Gunakan kasut getah.
d)Tidak memasukkan sebarang bahan logam ke dalam palam suis.
e)Sentiasa menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat.
f)Pastikan kawasan kerja anda bersih, kemas dan tersusun.






Tentang Cas Elektrostatik





Gambar Rajah 5



  • Cas elektrostatik Terhasil oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat. Cas-cas ini mempunyai voltan yang tinggi tetapi arus yang rendah. Kesan elektrostatik ini akan menyebabkan kejutan dan boleh mnyebabkan kerosakan pada komponen elektronik.





Kaedah Pencegahan Cas Elektrostatik






Gambar Rajah 6
Gambar Contoh tali pergelangan tangan


1)Kaedah terbaik mencegah cas elektrostatik
  • Mencegah terjadinya pembangkitan arus
  • Menghilangkan arus
  • Neutralkan arus



Mengenal Pasti Jenis Dan Fungsi Peralatan Yang Digunakan Di Dalam Pemasangan Perkakasan Komputer




a)ESD(penyahcas elektrostatik)



Gambar Rajah 7


1)Alatan yang digunakan untuk melindungi diri dari ESD :

a)ESD Tali pergelangan tangan - ia memastikan pengguna sentiasa dibumikan bagi mengelakkan cas elektrostatik yang ada terkena pada peranti yang sensitif.

b)ESD Pembumi tikar - berfungsi mengurangkan risiko terkena renjatan cas elektrostatik semasa bekerja pada computer atau peranti yang sensitif dengan cas elektrostatik.

c)Beg Antistatik - Digunakan untuk meletakkan peranti yang sensitif dan mudah rosak akibat kewujudan cas elektrostatik.

d)Semburan Antistatik - Penyembur antistatic adalah sejenis penyembur cecair yang digunakan untuk menghilangkan cas elektrostatik.(Hanya sebahagian perkakasan sahaja yang boleh digunakan)










b)Pemutar Skru




Gambar Rajah 8
Contoh pemutar skru


  • Peralatan utama dalam proses memasang dan meleraikan perkakasan komputer.
  • Bagi komputer peribadi, pemutar skru yang digunakan bersaiz sederhana dan jenis (+).
  • Pemutar skru saiz kecil dan jenis (+) sesuai digunakan bagi pemasangan komputer riba (laptop). Ini kerana skru yang digunakan adalah kecil dan berkedudukan yang sukar serta sempit.




c)Playar Muncung Tirus







Gambar Rajah 9
Contoh playar muncung tirus


  • Digunakan bagi mencapai kabel atau skru pada kedudukan yang sukar dicapai.
  • Bentuk muncung yang runcing memudahkan ia mencapai pada celahan dalam komputer dan laptop.
  • Juga boleh digunakan bagi mengikat kabel atau menanggalkan perkakasan yang sukar dilakukan dengan tangan.







d)Penyepit





Gambar Rajah 10
Contoh Penyepit



  • Digunakan bagi menanggalkan ‘jumper’ pada papan induk dan cakera keras.
  • Mencapai komponen yang kecil dalam komputer.
  • Mengelakkan komponen rosak akibat dari tangan pengguna yang basah.






Mengenal Pasti Masalah Yang Biasa Terjadi Ketika Pemasangan Komputer






Gambar Rajah 11


1.Komputer Tidak Menyala




a)Kord Kuasa Tidak Disambung Dengan Betul




  • Sahkan bahawa kord kuasa disambung dengan betul ke dinding dan belakang komputer. Jika kelihatannya ok, putuskan sambungan dan sambung semula kedua hujung kord kuasa untuk memastikan kabel tidak longgar.



b)Kabel Kuasa Buruk/Rosak




  • Sahkan bahawa kabel yang membekalkan kuasa ke komputer anda tidak buruk atau rosak dengan menggunakan kabel kuasa lain.





c)Bekalan Kuasa Tidak Betul





  • Jika anda membina komputer, atau ia tidak pernah dihidupkan, ia mungkin mempunyai bekalan kuasa yang rosak yang tidak membekalkan kuasa yang mencukupi.





2.Kegagalan Proses Boot





Cara Mengatasi Kegagalan Proses Booting Pada Komputer



a)Sistem Fail Yang Tidak Boleh Dibaca Pada Working Disks

  • Anda boleh membezakan kes ini dari yang sebelumnya dengan jenis ralat yang anda dapat. Perkakasan yang buruk biasanya menjana mesej ralat tentang peranti perkakasan itu sendiri, secara keseluruhan. Sistem fail yang buruk cenderung untuk menghasilkan mesej ralat kemudian dalam proses boot, apabila sistem operasi cuba mengaksesnya.


  • Bagaimana anda menangani masalah ini bergantung pada sistem fail mana yang rosak. Jika ia adalah root filesystem, maka anda boleh menciptanya semula dari bootable backup/recovery tape yang boleh dibaca (atau imej pada rangkaian) atau dengan boot dari media alternatif (seperti distribution tape, CD-ROM, atau disket dari mana Sistem operasi telah dipasang), memperbaharui sistem fail dan memulihkan fail. Dalam kes yang paling teruk, anda perlu 












Comments

Popular posts from this blog

UTAMA