Jenis - Jenis Kemalangan Yang Sering Berlaku Semasa Melakukan Pemasangan Perkakasan Komputer 1. K EJUTAN ELEKTRIK Gambar Rajah 1 Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik. Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock). 2. Kebakaran Suis Elektrik Gambar Rajah 2 Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel. Kebihan beban aliran kuasa. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat. 3. Kecederaan Di Sebabkan Peralatan
Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti ( device ). Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian ( software ) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan ( hardware ) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar ( firmware ). Perisian tegar ialah perisian yang di pasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM). Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang pal
Comments
Post a Comment